Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, January 4, 2009

Salam Tahun Baru



Salam buat semua..belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan masihi. Semoga tahun ini terus memberi sinar kepada kita.





Hari ni anak-anak mula bersekolah. Anak saya tiga orang sekolah menengah, Kembar Tingkatan 2 dan adik tingkatan 1.. tinggalla sibongsu baru 2 1/2 tahun. Bermula kesibukan diwaktu pagi menyediakan sarapan dan makan tengahari. Hari ini saya bercuti untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan sekolah dan disamping tu menyediakan rencah-rencah untuk masak.





Insyallah tahun 2009 ni berazam nak rajin-rajin tulis kat blog ni, tapi kalau dah ada penyakit M tu tak tau nak buat macamana dah..

Selamat bersekolah kembali buat semua, tahniah kepada yang berjaya dalam exam PMR dan UPSR...semoga terus berjaya menjadi anak bangsa yang membanggakan.

Saturday, October 11, 2008

Kenduri Kesyukuran

Semalam saya dan suami telah mengadakan kenduri kesyukuran plus Jamuan Raya. Sejak balik dari Langkawi tak pernah buat kenduri lagi. Menu - Nasi Tomato, Laksa,Roti Jala,Ketupat Palas dan special menu ABC. Alhamdullilah semua berjalan lancar, makanan pun cukup dan ramai jemputan yang hadir.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang tolong masak..semua tu masak sendiri kecuali roti jala ditempah. Penat tapi seronok bergotong royong dengan jiran-jiran di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami. Tetamu terakhir jam 6.00 pm Boss suami dan isteri. Hari ini sibuk lagi mengemas mana yang patut..nasib baik periuk besar dan segala peralatan telah dibasuh semalam. Hari ini nak simpan kat stor je...Esok memang kena cuti letih juga niee....
Macam tu lah saya dengan jiran-jiran di taman ni..kenduri kahwin pun kami masak secara gotongh royong. Dah banyak kali dah,,kebetulan taman ni ada segala kelengkapan kecuali khemah dengan kerusi meja je yang tak ada.
Terima kasih sekali kepada yang hadir dan special thanks untuk jiran-jiran ku yang tak kenal erti penat semasa menguruskan kenduri saya.