Saturday, October 11, 2008

Kenduri Kesyukuran

Semalam saya dan suami telah mengadakan kenduri kesyukuran plus Jamuan Raya. Sejak balik dari Langkawi tak pernah buat kenduri lagi. Menu - Nasi Tomato, Laksa,Roti Jala,Ketupat Palas dan special menu ABC. Alhamdullilah semua berjalan lancar, makanan pun cukup dan ramai jemputan yang hadir.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang tolong masak..semua tu masak sendiri kecuali roti jala ditempah. Penat tapi seronok bergotong royong dengan jiran-jiran di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami. Tetamu terakhir jam 6.00 pm Boss suami dan isteri. Hari ini sibuk lagi mengemas mana yang patut..nasib baik periuk besar dan segala peralatan telah dibasuh semalam. Hari ini nak simpan kat stor je...Esok memang kena cuti letih juga niee....
Macam tu lah saya dengan jiran-jiran di taman ni..kenduri kahwin pun kami masak secara gotongh royong. Dah banyak kali dah,,kebetulan taman ni ada segala kelengkapan kecuali khemah dengan kerusi meja je yang tak ada.
Terima kasih sekali kepada yang hadir dan special thanks untuk jiran-jiran ku yang tak kenal erti penat semasa menguruskan kenduri saya.

2 comments:

Abang Long said...

Apa nama kenduri sekalipun memang memenatkan, tapi PUAS !

MhAh said...

emmm kakcik,I give u some pictures.. get from my blog: www.mhah.blogspot.com
saja suka2... hehehe