Saturday, October 11, 2008

Kenduri Kesyukuran

Semalam saya dan suami telah mengadakan kenduri kesyukuran plus Jamuan Raya. Sejak balik dari Langkawi tak pernah buat kenduri lagi. Menu - Nasi Tomato, Laksa,Roti Jala,Ketupat Palas dan special menu ABC. Alhamdullilah semua berjalan lancar, makanan pun cukup dan ramai jemputan yang hadir.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang tolong masak..semua tu masak sendiri kecuali roti jala ditempah. Penat tapi seronok bergotong royong dengan jiran-jiran di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami. Tetamu terakhir jam 6.00 pm Boss suami dan isteri. Hari ini sibuk lagi mengemas mana yang patut..nasib baik periuk besar dan segala peralatan telah dibasuh semalam. Hari ini nak simpan kat stor je...Esok memang kena cuti letih juga niee....
Macam tu lah saya dengan jiran-jiran di taman ni..kenduri kahwin pun kami masak secara gotongh royong. Dah banyak kali dah,,kebetulan taman ni ada segala kelengkapan kecuali khemah dengan kerusi meja je yang tak ada.
Terima kasih sekali kepada yang hadir dan special thanks untuk jiran-jiran ku yang tak kenal erti penat semasa menguruskan kenduri saya.

Friday, October 3, 2008

Aidil Fitri 1429H


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEKELUARGA.

Thursday, September 11, 2008

Puasa

Hari ini genap 12 hari umat islam menunaikan ibadat Puasa. Sepanjang ramadhan ni saya begitu sibuk. Nasib baik bos beri kebenaran masuk kerja 7.30 and balik 4.30. sempatla saya rehat-rehat sebelum memulakan aktiviti memasak, kalau balik pukul 5.00 kelam kabut betul. Memang setiap kali puasa, saya memasak untuk juadah berbuka, beli kuih je...tu pun sikit sebab anak-anak kurang sikit nak makan kuih.
Pada 9-11 September, anak saya yang ketiga menghadapi exam UPSR..moga-moga berjaya juga macam kakak kembar dia. Saya pun nasib baik juga boleh bercuti untuk memberi semangat pada dia. Sekarang dia syok sangat tengah releks betul, balik sekolah lepas zohor terus tidur je. Tengah fikir apa aktiviti yang sesuai.
Petang ni, saya sekeluarga akan balik berbuka dengan mak and ayah saya. Seronok ni dapat kumpul ramai-ramai, yang tak de cuma adik saya yang ke 5 tu..dia di UKM. Nanti raya insyallah semua akan berkumpul di rumah mak and ayah saya. Begitu la kami setiap tahun. Biasanya saya akan beraya dulu di Taman Perumahan saya, lepas tu akan ke rumah MIL, lepas tu baru balik ke rumah saya.
Untuk pengetahuan sepanjang puasa ni saya dah cuba resepi-resepi dari blog kawan-kawan. ha ha apa tau yang saya cuba:
1. Asian Pie Twist - Thanks En Mat Gebu - sangat sedap, tapi ada juga bahan yang saya tak letak sebab tak ada.
2. Ayam Percik Kak Liza - Thanks Kak Liza- anak-anak saya and cousin saya kata sedappppp
3. Kentang Oregano Mak Lang - sedap juga
4. Ayam Bakar Kak Liza again - dapat pujian juga
5. Spagetthi - ala lupa pula sapa punya - tapi thanks juga
6. Mee Rebus Tania - Thanks En Mat Gebu, member cakap sedap.
Nanti saya akan cuba lagi - thanks kepada blogger-blogger yang rajin bagi resepi tu.
Selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa -
Next Week saya akan ke Melaka untuk attend course, tak lama 4 hari je.

Friday, August 29, 2008

Frust

Alahai...entah saya tersilap, blog saya yang lama telah didelete...ok mula penulisan yang baru mulai september 2009.....