Friday, September 11, 2009

Aidilfitri 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA:

Ku Chik bin Ku Mat Esa
Nur Ashikin bt Ahmad
Ku Mardiana
Ku Madihah
Ku Mazlisa
Ku Maisarah

Saturday, August 8, 2009

Lamanya mendiam diri. Banyak kerja dan kerap outstation menyebabkan saya tidak berkesempatan mencoret di sini. Sekarang dah kerja jauh pergi dan balik about 110KM. So bila balik rumah tak sempat tak menjenguk komputer.

Selamat berpuasa untuk semua umat islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua.

Sunday, February 8, 2009

Persisiran Pantai Kuala Perlis


Pagi tadi semasa balik dari kampung teringin pula nak balik melalui jalan pantai Kuala Perlis. Masa lalu tadi air pasang so tiada aktiviti mencari siput, kalau tak memang best tengok orang ramai di tepi-tepi pantai.




Tempat persinggahan Bangau Putih.





















Friday, February 6, 2009

Course di PD

Selat Melaka (ambil dari Bilik)

Selama 4 hari saya berkursus di PD. Tak ada apa menarik pun cuma membeli pisau potong daging sahaja. Saya tidak tahu la mahal atau murah. Makan pun tidak berapa sedap sangat kat Hotel tu tapi bersyukur rezeki Allah bagi. Balik dari PD sampai semalam dalam pukul 10.00 malam. Today busy juga jadi driver menghantar dan mengambil anak ke Tuisyen. Petang nanti nak balik Kg. ambil Maisarah, kesian dia dah seminggu tinggal kat kg.
Next week sibuk juga dengan kerja.Menyambut kedatangan Dato' Ketua Pengarah dan rombongan ke Pejabat. Lepas tu ingat boleh cuti kot. Best ni kalau dapat cuti, boleh rehat-rehat kat rumah.

Saturday, January 17, 2009

Happy Birthday


Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Ku Mardiana and Ku Madihah..Kembar saya dah pun 14 tahun, pejam celik, pejam celik dah form 2 kembar saya ni, teringat masa dia orang kecil-kecil dulu pakai baju sama..la ni tak mau dah. Terkejut juga saya 14 tahun yang lalu masa mengandung kembar ni masa kandungan 4 bulan dah tahu kembar, teruja sangat, terkejut ada, syok ada, takut pun ada..macam-macam perasaan.


Untuk kembar..semoga menjadi anak yang solehah dan membanggakan mak dan abah..serta semoga tercapai cita-cita kalian.



Hari ini just ada sedikit kenduri bersama jiran sebelah yang kebetulan anak dia pun birthday on 17.1.2009. Sekali kenduri kesyukuran, my hubby dah bertukar balik Perlis so tak payah dah nak berulang jauh..hari tu kat Alor Star and then kat Jitra. Hopefully this time lama sikit dia kerja kat Perlis, saya pun tak perlu dah berkejar-kejar waktu tengahari mengambil anak sekolah..bayangkan everyday dulu drive 88 km setiap hari..terpaksa berkorban waktu rehat.

Sunday, January 4, 2009

Salam Tahun Baru



Salam buat semua..belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan masihi. Semoga tahun ini terus memberi sinar kepada kita.





Hari ni anak-anak mula bersekolah. Anak saya tiga orang sekolah menengah, Kembar Tingkatan 2 dan adik tingkatan 1.. tinggalla sibongsu baru 2 1/2 tahun. Bermula kesibukan diwaktu pagi menyediakan sarapan dan makan tengahari. Hari ini saya bercuti untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan sekolah dan disamping tu menyediakan rencah-rencah untuk masak.





Insyallah tahun 2009 ni berazam nak rajin-rajin tulis kat blog ni, tapi kalau dah ada penyakit M tu tak tau nak buat macamana dah..

Selamat bersekolah kembali buat semua, tahniah kepada yang berjaya dalam exam PMR dan UPSR...semoga terus berjaya menjadi anak bangsa yang membanggakan.

Saturday, October 11, 2008

Kenduri Kesyukuran

Semalam saya dan suami telah mengadakan kenduri kesyukuran plus Jamuan Raya. Sejak balik dari Langkawi tak pernah buat kenduri lagi. Menu - Nasi Tomato, Laksa,Roti Jala,Ketupat Palas dan special menu ABC. Alhamdullilah semua berjalan lancar, makanan pun cukup dan ramai jemputan yang hadir.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang tolong masak..semua tu masak sendiri kecuali roti jala ditempah. Penat tapi seronok bergotong royong dengan jiran-jiran di samping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami. Tetamu terakhir jam 6.00 pm Boss suami dan isteri. Hari ini sibuk lagi mengemas mana yang patut..nasib baik periuk besar dan segala peralatan telah dibasuh semalam. Hari ini nak simpan kat stor je...Esok memang kena cuti letih juga niee....
Macam tu lah saya dengan jiran-jiran di taman ni..kenduri kahwin pun kami masak secara gotongh royong. Dah banyak kali dah,,kebetulan taman ni ada segala kelengkapan kecuali khemah dengan kerusi meja je yang tak ada.
Terima kasih sekali kepada yang hadir dan special thanks untuk jiran-jiran ku yang tak kenal erti penat semasa menguruskan kenduri saya.